Khusus bagi pelajar lepasan SPM yang mahu memilih kolej bagi menyambung pengajian selepas SPM di Malaysia. Mari kita lihat sebuah kolej Islam yang semakin berkembang maju di negara kita iaitu Kolej Islam Antarabangsa atau International Islamic College.
Kolej Islam Antarabangsa (nama singkatannya IIC) yang ditubuhkan pada 2001 adalah sebuah institusi akademik milik penuh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM atau IIUM) melalui anak syarikatnya IIUM Higher Education Sdn Bhd.
Track record IIC adalah membanggakan kerana sehingga kini IIC telah berjaya melahirkan lebih daripada 5,000 orang graduan sejak graduasi yang pertama pada tahun 2004. Pelajar IIC sekarang berjumlah 4,200 orang yang mengikuti pelbagai program pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah. IIC kini ditadbir oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang baru, Dr Zulkarnain Kedah dari IIUM.
Objektif penubuhan IIC adalah untuk melahirkan mahasiswa yang bukan saja berkebolehan dalam bidang akademik, malah cemerlang dari segi sahsiah. Untuk mencapai objektif murni tersebut, ciri-ciri dan nilai yang positif sentiasa diterapkan dalam pelaksanaan setiap program akademik, ko-kurikulum, mahupun sistem pentadbiran.
Konsep 'Islamization of Knowledge' atau mengislamisasikan ilmu pengetahuan sentiasa dianjurkan agar warga IIC dapat menyeimbangkan ilmu duniawi atau ukhrawi (acquired and revealed knowledge) dalam kehidupan seharian.
Kurikulum pengajian di IIC dibentuk berteraskan kualiti pendidikan antarabangsa dan mengikuti perkembangan terkini yang memenuhi keperluan pasaran dengan dikawalselia oleh Lembaga Akademik yang dianggotai professor dari UIAM dan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan serta wakil sektor industri.
Diiktiraf MQA dan JPA
Sehubungan itu, program-program yang ditawarkan di IIC mendapat perakuan akreditasi penuh daripada MQA dan diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Melalui pengiktirafan MQA, diploma IIC diterima untuk kemasukan ke universiti tempatan dan swasta di dalam dan luar negara. Dengan pengiktirafan JPA pula, graduan IIC boleh berkhidmat dalam sektor awam (bekerja dengan badan kerajaan) selain dari sektor swasta. Sehingga kini graduan IIC berjaya menyambung pengajian di universiti tempatan dan luar negara seperti di England dan Australia.
Penganugerahan ISO
IIC juga adalah kolej Islam pertama di Malaysia yang berjaya mendapat penganugerahan sijil ISO 9001:2008 dari SIRIM dan QAS. Taraf pensijilan tersebut berjaya dikekalkan sejak tahun 2004 hingga kini.
Melahirkan Modal Insan Terbilang
Seperti Universiti Islam Antarabangsa juga, IIC sentiasa percaya bahawa proses mengislamisasikan ilmu pengetahuan (Islamization of Knowledge) adalah sebahagian dari kaedah untuk mengimbangi ilmu keduniaan dan ilmu wahyu dalam diri pelajar yang bakal menjadi generasi pelapis negara. Ini adalah sejajar dengan pendekatan dan konsep islam yang sebenar yang secara tidak langsung dapat memenuhi misi dan visi IIC untuk menjana graduan yang profesional dan bertaqwa ke arah membentuk modal insan yang cemerlang dan terbilang untuk kemajuan ummah pada masa hadapan.
Sebagai bukti kesungguhan IIC menitik-beratkan kualiti pendidikan, program akademik di IIC dikawalselia oleh Lembaga Akademik yang kebanyakan ahlinya adalah profesor dan dekan dari UIAM dan sebahagiannya adalah anggota Senat UIAM sendiri.
Lembaga Akademik ini berfungsi untuk mengawal selia program akademik IIC, sejajar kehendak UIAM yang merupakan universiti induk kolej ini, yang sentiasa mementingkan kualiti pendidikannya.
Lembaga ini berperanan menilai dan memantau kurikulum dan kursus yang dijalankan di IIC, memastikan peperiksaan yang dijalankan menepati standard dan menjadi bahan yang mengesah dan meluluskan keputusan peperiksaan yang dijalankan di IIC.
IIC adalah satu-satunya kolej swasta di Malaysia yang mempunyai Lembaga Akademik yang mana ianya dapat menjamin bahawa kualiti akademik IIC sentiasa berada di tahap yang tertinggi.
Selain itu, selaras dengan kemajuan global yang menitikberatkan penguasaan Bahasa Inggeris, IIC meletakkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama selain daripada Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Arab. Kebolehan graduan IIC berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris memberikan kelebihan kepada mereka untuk diterima masuk ke universiti tempatan dan luar negara, atau bekerja di syarikat multinasional. Sistem jadual kelas di IIC juga memberikan masa belajar yang lebih untuk kelas Bahasa Inggeris yang mana pelajar diberikan sekurang-kurangnya 224 jam kuliah.
Kelebihan Kolej Islam Antarabangsa
Program Pengukuhan Bahasa Inggeris secara intensif juga disediakan untuk pelajar yang berhasrat memperkukuhkan kemahiran mereka dalam menguasai bahasa itu. Yuran yang dikenakan sangat minimum dengan jaminan pelajar akan dapat memperkukuh kemahiran Bahasa Inggeris mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan. Program Bahasa Inggeris tersebut telah mendapat kelulusan dari MQA dan kurikulumnya adalah menepati standard antarabangsa.
Untuk memantapkan lagi prestasi pelajar , IIC sentiasa memberi khidmat nasihat atau kaunseling secara percuma kepada pelajar terutama yang mempunyai masalah berkaitan akademik mahupun peribadi melalui kaunselor bertauliah di Jabatan Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling.
Dengan adanya sistem akademik yang berkualiti dan diterap dengan program seperti yang dinyatakan, maka tidak hairanlah lebih daripada 80% graduan IIC berjaya mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta, atau melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
Kebanyakan kakitangan akademik dan pentadbiran yang bertugas di IIC adalah graduan terbaik UIAM. Dengan ini, IIC dapat menggunakan pengalaman mereka di dalam memastikan kualiti pendidikan tertinggi dapat dikekalkan dan berdiri sama tinggi dengan UIAM sebagai Universiti contoh bagi IIC.
Kami di IIC sentiasa menitik beratkan kecemerlangan pelajar kerana ia adalah sejajar dengan hasrat dan cita-cita kami untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah, dan pada masa yang sama menjadi umat yang taat dan patuh kepada ajaran agama masing-masing.
IIC juga mempelawa lebih ramai pelajar Cina, India dan lain-lain keturunan masyarakat mendaftar di kolej ini. IIC juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti sukan untuk semua pelajar sepanjang tahun, seperti bola sepak, bola jaring, futsal, bola tampar dan juga seni mempertahankan diri iaitu silat dan taekwando.
Tunggu Apa Lagi, Jom Daftar di IIC
Pada tahun ini IIC mensasarkan pengambilan seramai 1400 pelajar baru melalui sesi kemasukan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan April, Jun, dan Disember.
Ibu bapa dan pelajar dipelawa untuk datang ke kampus kami di No 1 Jalan 31/10A, Taman Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur.
Ibu bapa dan pelajar dipelawa untuk datang ke kampus kami di No 1 Jalan 31/10A, Taman Batu Muda, 68100 Kuala Lumpur.
Ucapan Selamat Berjaya kepada seluruh pelajar SPM 2013 dan "Jom Mendaftar" di Kolej Islam Antarabangsa.
Pilihlah institusi pengajian tinggi yang terbaik demi masa depan anda!
Sewaktu taklimat,dia mengatakan IIC ni kerajaan,bila baca blog ni,dia mengatakan dia swasta. Mana yang betol ni
ReplyDeleteIic swastaa bukan bawah kerajaan
DeleteSaya dpat tawaran kolej ini dlm tawaran mnyatakan ipta tpi sini ipts ? So mna yg betul ?
ReplyDeleteIpts baru betol
DeleteThis college have been swasta not kerajaan eheeh why u dpt tawaran jugak? so how you pergi tak
ReplyDeleteThis college have been swasta not kerajaan eheeh why u dpt tawaran jugak? so how you pergi tak
ReplyDeleteKolej ni under kerajaan and swasta.. And kolej ni bukan sepenuhnya swasta
ReplyDeleteKolej ni swasta kan
ReplyDeleteYa swasta
DeletePemakaian student kat kolej ni macmmne.semua pakai tudung labuh ke?
ReplyDeleteTerpulangg..x pakai tudung pon x ape
DeleteYa swasta
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete