Wednesday, 23 January 2013

MUET

MUET atau Malaysian University English Test ialah ujian kecekapan Bahasa Inggeris. Pelajar Malaysia yang ingin masuk ke universiti awam (IPTA) mesti mempunyai keputusan MUET. MUET ialah 'syarat kemasukan' (entry requirement) untuk memohon kemasukan ke IPTA. Tanpa keputusan MUET, pelajar tidak akan dapat masuk ke IPTA. Selain dari IPTA di Malaysia, MUET juga diperlukan untuk memohon kemasukan ke National University of Singapore, Nanyang Technological University dan Singapore Management University.

Peperiksaan MUET dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Kolej Islam Antarabangsa (IIC) ialah salah sebuah pusat peperiksaan MUET yang berdaftar dengan MPM. Jadi pelajar Kolej Islam Antarabangsa tidak perlu bersusah-payah untuk menguruskan peperiksaan MUET. Semuanya akan diuruskan. Pelajar hanya perlu membuat pilihan bila mereka mahu mengambil peperiksaan tersebut.

Bermula pada tahun 2012, peperiksaan MUET diadakan tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, bulan Julai dan bulan November. Statistik menunjukkan secara puratanya seramai 85,000 orang pelajar menduduki peperiksaan MUET pada setiap tahun.

Komponen Peperiksaan MUET

Peperiksaan MUET terdiri dari empat kertas peperiksaan yang dikendalikan dalam dua kali peperiksaan. Ujian Speaking (oral) diadakan pada satu hari manakala tiga ujian yang lain diadakan pada satu hari yang lain.
  • Speaking (800/2)
  • Listening (800/1)
  • Reading (800/3)
  • Writing (800/4)
Markah penuh adalah 300. Markah ini dibahagikan kepada band iaitu band 1 (paling rendah) sehingga band 6 (paling tinggi). Pembahagian markah kepada band dan huraian band adalah seperti berikut:
  1. Band 6- Very good user (Aggregated score:260-300) Very good command of the language. Highly expressive, fluent, accurate and appropriate language: hardly any inaccuracies. Very good understanding of language and contexts. Functions extremely well in the language.
  2. Band 5- Good user (Aggregated score:220-259) Good command of the language. Expressive, fluent, accurate and appropriate language but with minor inaccuracies. Good understanding of language and contexts. Functions well in the language.
  3. Band 4- Competent user (Aggregated score:180-219) Satisfactory command of the language. Satisfactory expressive and fluent,appropriate language but with occasional inaccuracies. Satisfactory understanding of language and contexts. Functions satisfactorily in the language.
  4. Band 3- Modest user (Aggregated score:140-179) Modest command of the language. Modestly expressive and fluent,appropriate language but with noticeable inaccuracies. Modest understanding of language and contexts. Able to function modestly in the language.
  5. Band 2- Limited user (Aggregated score:101-139) Limited command of the language. Lacks expressiveness, fluency and appropriacy: inaccurate use of the language resulting in breakdown in communication. Limited understanding of language and contexts. Limited ability to function in the language.
  6. Band 1- Extremely limited user (Below 100) Poor command of the language. Unable to use language to express ideas: inaccurate use of the language resulting in frequent breakdowns in communication. Little or poor understanding of language and contexts. Hardly able to function in the language.

No comments:

Post a Comment