Kolej Islam Antarabangsa (International Islamic College) ialah sebuah institusi pengajian tinggi (IPTS) yang dimiliki sepenuhnya oleh IIUM Higher Education iaitu anak syarikat milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Oleh sebab itu jugalah Kolej Islam Antarabangsa sering dinamakan sebagai Kolei UIA.
Kolej Islam Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 2001 dan sehingga kini telah melahirkan lebih daripada daripada 5000 graduan.
Kolej Islam Antarabangsa ditubuhkan untuk melahirkan mahasiswa yang bukan saja berkebolehan dalam bidang akademik, malah cemerlang dari segi sahsiah. Untuk mencapai objektif itu, ciri-ciri dan nilai yang positif sentiasa diterapkan di dalam pelaksanaan setiap program akademik. Konsep 'Islamization of Knowledge' atau mengislamisasikan ilmu pengetahuan sentiasa dianjurkan agar warga IIC dapat menyeimbangkan ilmu duniawi atau ukhrawi (acquired and revealed knowledge) di dalam kehidupan seharian.
Kurikulum pengajian di Kolej Islam Antarabangsa dibentuk berteraskan kualiti pendidikan antarabangsa dan mengikuti perkembangan terkini yang memenuhi keperluan pasaran dengan dikawalselia oleh Lembaga Akademik yang dianggotai professor dari UIAM dan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan serta wakil sektor industri.
Akreditasi Penuh MQA
Program-program di Kolej Islam Antarabangsa mendapat akreditasi penuh daripada MQA (Malaysian Qualification Agency). Ini membolehkan graduan Kolej Islam Antarabangsa menyambung pengajian di IPTA tempatan dan universiti luar negara seperti di United Kingdom dan Australia.
Berdaftar Dengan JPA
Kolej Islam Antarabangsa berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dengan pengiktirafan ini, graduan Kolej Islam Antarabangsa boleh bekerja di sektor awam mahupun swasta.
Sijil ISO
Kolej Islam Antarabangsa adalah kolej Islam pertama yang berjaya menerima sijil ISO 9001:2008 dari SIRIM dan QAS dan mengekalkannya sejak 2004.
Seperti UIAM, IIC juga percaya bahawa mengislamisasikan ilmu pengetahuan (Islamization of Knowledge) adalah sebahagian kaedah untuk mengimbangi ilmu keduniaan dan ilmu wahyu. Ini adalah sejajar dengan pendekatan dan konsep islam yang sebenar yang secara tidak langsung dapat memenuhi misi dan visi IIC untuk menjana graduan yang profesional dan bertaqwa ke arah membentuk modal insan yang cemerlang dan terbilang untuk kemajuan ummah pada masa hadapan.
Sebagai bukti kesungguhan IIC menitik-beratkan kualiti pendidikan, program akademik di IIC dikawalselia oleh Lembaga Akademik yang kebanyakan ahlinya adalah profesor dan dekan dari UIAM dan sebahagiannya adalah anggota Senat UIAM sendiri.
Lembaga Akademik ini berfungsi untuk mengawal selia program akademik IIC, sejajar kehendak UIAM yang merupakan universiti induk kolej ini, yang sentiasa mementingkan kualiti pendidikannya.
Lembaga ini berperanan menilai dan memantau kurikulum dan kursus yang dijalankan di IIC, memastikan peperiksaan yang dijalankan menepati standard dan menjadi bahan yang mengesah dan meluluskan keputusan peperiksaan yang dijalankan di IIC.
IIC adalah satu-satunya kolej swasta di Malaysia yang mempunyai Lembaga Akademik yang mana ianya dapat menjamin bahawa kualiti akademik IIC sentiasa berada di tahap yang tertinggi.
Selain itu, selaras dengan kemajuan global yang menitikberatkan penguasaan Bahasa Inggeris, IIC meletakkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama selain daripada Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Arab. Kebolehan graduan IIC berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris memberikan kelebihan kepada mereka untuk diterima masuk ke universiti tempatan dan luar negara, atau bekerja di syarikat multinasional. Sistem jadual kelas di IIC juga memberikan masa belajar yang lebih untuk kelas Bahasa Inggeris yang mana pelajar diberikan sekurang-kurangnya 224 jam kuliah.
Program Pengukuhan Bahasa Inggeris secara intensif juga disediakan untuk pelajar yang berhasrat memperkukuhkan kemahiran mereka dalam menguasai bahasa itu. Yuran yang dikenakan sangat minimum dengan jaminan pelajar akan dapat memperkukuh kemahiran Bahasa Inggeris mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan. Program Bahasa Inggeris tersebut telah mendapat kelulusan dari MQA dan kurikulumnya adalah menepati standard antarabangsa.
Untuk memantapkan lagi prestasi pelajar , IIC sentiasa memberi khidmat nasihat atau kaunseling secara percuma kepada pelajar terutama yang mempunyai masalah berkaitan akademik mahupun peribadi melalui kaunselor bertauliah di Jabatan Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling.
Dengan adanya sistem akademik yang berkualiti dan diterap dengan program seperti yang dinyatakan, maka tidak hairanlah lebih daripada 80% graduan IIC berjaya mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta, atau melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.
Kebanyakan kakitangan akademik dan pentadbiran yang bertugas di IIC adalah graduan terbaik UIAM. Dengan ini, IIC dapat menggunakan pengalaman mereka di dalam memastikan kualiti pendidikan tertinggi dapat dikekalkan dan berdiri sama tinggi dengan UIAM sebagai Universiti contoh bagi IIC.
Kami di IIC sentiasa menitik beratkan kecemerlangan pelajar kerana ia adalah sejajar dengan hasrat dan cita-cita kami untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah, dan pada masa yang sama menjadi umat yang taat dan patuh kepada ajaran agama masing-masing.
IIC juga mempelawa lebih ramai pelajar Cina, India dan lain-lain keturunan masyarakat mendaftar di kolej ini. IIC juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti sukan untuk semua pelajar sepanjang tahun, seperti bola sepak, bola jaring, futsal, bola tampar dan juga seni mempertahankan diri iaitu silat dan taekwando.
No comments:
Post a Comment